Custom Search

Sunday, June 8, 2008

Formula Rahsia Terkini


Formula Rahsia Terkini Untuk Mengeksploitasi RapidShare Bagi Menjana Pendapatan Berterusan Tanpa Modal Walaupun satu Sen!

"Ikuti kisah hidup seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar surat sambilan telah berjaya melunaskan semua hutang-hutang keliling pinggang, memiliki sebuah kereta, dan apa yang di impikan selama ini tercapai!"

Salam Sejahtera Para Pembaca Yang Budiman,

Berkat kesabaran dan ketekunan anda semua semasa membaca warkah saya ini moga-moga akan mengubah hidup anda buat SELAMA-LAMANYA... insyaAllah!

Kerana adanya formula terbaru saya yang diberi ilham beberapa bulan lepas yang saya gerenti dapat membantu sesiapa sahaja malah telah pun membantu beberapa rakan karib saya di Internet dengan mengeksploitasi satu lubang ataupun orang putih kata 'loophole' di dalam RapidShare yang tidak pernah dijumpai oleh sesiapa lagi di Malaysia ataupun di merata dunia. Tak percaya? Sila google... saya cabar anda!

Formula rahsia yang belum pernah dipikirkan oleh sesiapa pun menjaminkan...



Saturday, June 7, 2008

Clickbank is now Open For Malaysian

Good news for all Malaysian. Welcome to Clickbank.

At this moment any Malaysian can sign-up for a Clickbank account without backdoor methods, virtual offices or forwarding addresses.

Clickbank has added Malaysia to their list of countries, and if you are new you can sign-up right away with Malaysia as your country and use your real address.

clickbank-malaysia

If you have in the past signed up with another forwarding address, this is your chance to save some money and change your address back to Malaysia. To do this you need to login to your Clickbank account and request for change of address.

clickbank-malaysia-2

Friday, May 30, 2008

Peralatan Wayang Kulit tiba


Peralatan Wayang kulit Kelantan telah pun sampai ke sekolah semalam.

Peralatan tersebut termasuklah satu Set panggung Wayang Kulit, pakaian, patung watak wayang kulit dan juga peralatan muzik yang dibawa dari Kelantan telah diletakkan di Studio Teater.

Wayang kulit adalah merupakan salah satu elemen yang terkandung di dalam sukatan pendidikan kesenian di sekolah seni yang mempunyai kesemua aspek seni iaitu muzik, teater, tarian dan seni visual.

Diharapkan dengan adanya peralatan ini, maka akan lebih mudahlah proses apresiasi terhadap muzik tradisi ini didedahkan kepada pelajar Sekolah Seni Johor Bahru.

Sunday, April 20, 2008

Bengkel Gamelan Siri 1 (19-20 April 2008)

Hari ini telah dijalankan bengkel gamelan anjuran bersama Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sejarah, alat muzik gamelan, teknik permainan serta membuat komposisi lagu gamelan.



Tenaga pengajarnya adalah merupakan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam yang berkemahiran tinggi serta berpengalaman luas dalam permainan gamelan.









Bengkel ini disertai oleh 20 orang pelajar bidang Seni Muzik Sekolah Seni Johor Bahru manakala Sekolah Tun Fatimah pula diwakili oleh 20 orang pelajar dari Kelab Gamelan sekolah tersebut.

Majlis penutup diakhiri dengan persembahan gamelan secara kumpulan yang turut disaksikan oleh Tn. Hj Ishak Mahbob selaku pengetua Sekolah Seni Johor Bahru.



Di dalam ucapan penutupnya beliau menyatakan program berbentuk linkages atau kerjasama di antara sekolah ini dan sekolah luar khususnya dalam bidang kesenian adalah merupakan salah satu aspek yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi merapatkan hubungan serta bertukar-tukar
idea dan ilmu di antara kedua-dua sekolah.


Wednesday, April 16, 2008

Lawatan Jalinan Kasih ke Asrama Anak Yatim Johor di Acheh, Indonesia

Rombongan daripada Sekolah Seni Johor Bahru seramai 25 orang telah mengadakan lawatan ke Aceh pada 11 hingga 15 April yang lalu.


Banda Aceh
Lawatan ini telah diketuai oleh Cik Hjh Rohana Ismail (PK Seni) bersama 2 orang jurulatih Seni Tari dan seorang jurulatih Seni Muzik.




Seramai 4 orang guru dan 21 orang pelajar telah mengadakan Lawatan Jalinan Kasih ke Rumah Anak Yatim Johor di Acheh, Indonesia.

Lawatan ini bertujuan untuk menjalankan bengkel untuk memperkenalkan permainan kompang dan tarian zapin kepada anak-anak yatim yang ada di antara mereka adalah merupakan mangsa kejadian bencana Tsunami pada tahun 2004 lalu.




Kumpulan kompang dan tarian telah dijemput untuk membuat persembahan bersama denagan pelajar Sekolah Seni SMP No 1, Peukan Bada, Aceh

.

Selain itu kumpulan Akartari telah dijemput untuk mengadakan persembahan tarian zapin dan kontemporari pada Konsert Diwana Cakradoniya (ala-ala konsert Jom Heboh) bertempat di Taman Ratu bersama-sama dengan persembahan muzik dan tarian tradisional penduduk-penduduk Acheh serta persembahan daripada pemuzik profesional Indonesia.



Kami juga berpeluang untuk menyaksikan sendiri kesan-kesan Tsunami di beberapa tempat di sekitar Acheh.











Gambar bersama anak-anak yatim Acheh.

Wednesday, March 19, 2008

Penglibatan SSJB dalam Konsert KPM 2008

BAKAT seni warga pendidikan yang akan ditonjolkan menerusi Konsert Kementerian Pelajaran ke-10 di Dewan Plenary KLCC, pada 14 Mac ini turut mendapat pendedahan peringkat antarabangsa di mana ia akan disaksikan delegasi Menteri Pelajaran Asean yang berada di Malaysia sempena Persidangan Majlis Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara dan Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asean.


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, berkenan berangkat menyaksikan konsert itu.

Diana Adha Mohd Abid (paling kanan)- Empat Dara


Konsert tahun ini bertema Gema Gemilang dibahagikan kepada enam segmen persembahan.

Persembahan akan dimulakan di luar dewan oleh 48 pemuzik yang akan memperdengarkan paluan gendang seirama kompang, gendang Cina dan gendang India sebagai simbolik perpaduan bangsa Malaysia bagi menyambut ketibaan tetamu kehormat.

Seterusnya, persembahan dalam dewan yang membabitkan 37 judul lagu akan dimulakan dengan segmen pertama iaitu Persembahan Buka Panggung menampilkan gubahan moden dan tradisional yang mengandungi elemen wayang kulit dan mak yong.

Ia diikuti segmen Gema Warisan iaitu persembahan medley lagu rakyat dan permainan tradisional kanak-kanak serta rentak Melayu dan Gema Lagenda iaitu medley lagu ciptaan dan nyanyian tokoh lagenda seni muzik negara, Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan M Shariff.

Menerusi Gema Malaysia pula lagu kontemporari Melayu, Cina dan Tamil, iaitu lagu Lelaki Ini, Tong Hua dan Kanavellam, yang menggambarkan keutuhan masyarakat majmuk di Malaysia akan dipersembahkan.



Persembahan medley lagu negara Asia Tenggara turut ditampilkan menerusi segmen Gema Asean bagi meraikan delegasi Menteri Pelajaran Asean yang hadir pada konsert berkenaan. Segmen Gemilang Warisan pula membabitkan persembahan insrumental mengandungi unsur muzik moden dan tradisional sebelum lagu tema konsert Dirgahayu Tuanku dinyanyikan sebagai acara penutup acara berkenaan.

Konsert Kementerian Pelajaran, cetusan idea Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi Menteri Pelajaran, diadakan sejak 1997 sebagai pemangkin kepada warga seni muzik di bawah kementerian itu mempamerkan dan menghayati nilai estetika serta profesionalisme ke arah melahirkan masyarakat yang menghargai karya seni.

SSJB turut berjaya menampilkan beberapa bakat besar dalam bidang nyanyian dan muzik. Mereka ialah:

En Ahmad Nazri Nordin (Spark) selaku Ketua Rhythm Section dan Arranger lagu Lelaki Ini, Tong Hua dan Kanavellam.















10 orang pelajar terlibat sebagai krew.


MAZLAN BIN ABDULLAH
MUHD. AMZAR BIN MOHAMED
AMIRRUL AFFIK BIN TUMIAN
NAZREEN HAFIZ BIN AZMAN
MUHD NUR FAIZUDDIN BIN MOHD FUAD
MUHD FIQRY IQMAL BIN MOHD FADZLI
MOHD SHAHRIN BIN SULAINI
QUIZER ALIFF BIN MOHD MOHSIN
MUHD HAZWAN BIN MOHD ZAKI
MUHD NABIL BIN AZAHARI